Salam ukhwah semua...
Kali ini aku nak bawak isu panas sikit la. Ia berlaku pada aku baru-baru ini. Dalam usia nak menginjak 25 tahun nih, aku masih lagi tidak daftar undi. Lagipun aku bukan berada kat msia, walaupon boleh undi pos, aku xpercaya dengan ketelusan undi pos. Dan kalo aku biarkan tempat aku kosong, aku bimbang ia dipergunakan. (terpulanglah pada keyakinan semua)
Mujahid penah tanya kat aku, adakah aku akan sokong Umno atau Pas, memandangkan keluarga aku orang kuat Umno.(ada jawatan diperingkat Umno bahagian) Aku jawab, aku belum bersedia memberikan jawapan. Aku masih suka memerhati semua parti >>> tiap-tiap ada peluang, kalo boleh semua mesyuarat xkira Umno ke Pas ke, aku join.
Mujahid kata dia xkan benarkan aku undi selain Pas. Aku wat dono aje. Dia cakap, dia xkan benarkan aku sebab dia xmahu aku pilih parti yang tidak mahu menegakkan sunnatullah. >>> Urmm..good point.
Bukan tiada jawapan,tapi aku tahu diri aku. Andai aku betul-betul terpaut dengan jawapan itu, aku akan bertekad abes-abesan. Sesungguhnya,aku tahu, mak akan terasa dengan aku.
One day, aku pulang ke rumah ayah bondaku tercinta. Lepak santai-santai dengan keluarga, aku pakai baju T-shirt keadilan. Dalam hati, memang cuak. Kecoh lah sket adik-beradik aku. Kami memang suka bergurau, so xjadik isu la mula-mulanya. Aku jadik bahan ketawa r.
Hari ketiga, tgh aku ngan mak aku lepak kat ruang tamu, mak aku tetiba serius aje, then cakap dgn nada serius. Adoi, cerita lama keluar...pasal pakcik aku yang Pro-Pas. Sebab jadik isu dlm keluarga dan pakcik aku pon da lama menetap kat meru, pakcik aku tukar tempat mengundi. Mak pesan, jgn jadik mcm pakcik aku, tetiba bawak bendera Pas besar-besar, masuk kampung, dan tak perdulikan perasaan keluarga. Tp nada mak aku lama-lama jadik macam marah lak.
Aku cakap, itukan hak individu,kebebasan(mak jugak ajar aku,tiap org berhak memilih). Mak aku balas, hak individu tuh lebih penting ke dari keluarga?. Uhooo,bab-bab keluarga nih,aku terharu lew. Mak aku diam.
Dan aku pon bercakap, " Mak, kalau angah tak fikirkan hal keluarga, dah lama dah angah cakap melampau-lampau dan lawan ckp semua org. Angah dengar perkara yang jelas xbetul dicakap-cakap terhdp yg dibangkang,tp xpenah pulak angah bukak mulut. Kalau isu Umno, yang sememangnya nampak xbetul, org Umno pon sendiri nampak, dikatakan fitnah. Baju angah pakai nih,angah xpakai kat depan org mak,lengan pendek. Mak sendiri tahu anak mak." cuba ckp dgn nada yg plg lembut..berpeluh gak ketiak den
>>>aku cakap nih atas fakta yang mak aku tahu, aku tahu semasa aku join mesyuarat Umno.
Mak diam , aku diam. >>>>nak nangis sebab menjawab.
(Actually, pastuh aku nekad akan undi Pas)
>>>hohoho...salahkah aku? Apa patut aku buat? Hilf....
Sabar Dan Teruskanlah
4 weeks ago
8 comments:
tak kesah di mana..yang penting bawak islam..kalau PAS menang pun bukan mengharapkan jasad PAS yang menang. Tetapi Ruh islam tu yg lebih utama..wallahualam..
tapi kalau kita tahu ruh islam itu tidak dpt diwujudkan dlm sesebuah organisasi, perlukah kita menyokongnye...urmmm...
Kita lihat..kita menafsir..lalu kita memilih apa yang kita anggap benar...
~dan akhirnya konpius..ekekeke~
yeah!! PANDANGAN YANG KITA NAK DENGAR..huhu..jom masuk PAS!! hehe
hahahahhaha~YOSSHHHH!!!!!!!!
Personally, baik UMNO atau PAS, masing2 dah terkeluar dr landasan Islam...tp hak kita mane kita nak pilih mengikut pandangan masing2....yg penting kita mesti bersatu dalam 1 tali agama
kita percaya apa yang kita tafsirkan ia benar...
terpulang la kan...
Salam Sel2, setahu aku UMNO tak pernah menolak Islam, walhal CARA UMNO lah yg telah memerdekakan umat Islam di Malaysia bahkan "cara" itu jugalah yg telah memerdekakan ahli2 PAS, cara yg lain semua gagal (fahamilah cara itu) mahu kita menerima nasib seperti kota Bagdad,"cara" itu halusss tidak extrim juga tak ganazz, kalau terimpit biar diatas kalau tersepit biar ditepi, kalau terkurung biar di luar. Topless
memanglah UMNO xpernah menolak islam,tp xde plak UMNO menegakkan undang2 islam.
walau ada buruk pd dua2 belah pihak, saya ada satu tekad sahaja, memilih pihak yang mahu menegakkan syariat Allah swt atas bumi malaysia. Itu tanggungjawab saya sbg ummat Islam.
Kita percaya apa yg hanya tercatat dalam sejarah malaysia, tp kita tinggalkan apa yg tidak tercatat.
Post a Comment