Wednesday, October 19, 2011

Kenapa saya sgt busy???

Salam...

Wah, lama betol xtulis blog nih. Ade ke yg masih membaca blog aku nih? hahaha...syok sndr aje la....

By the way, aku dah balik malaysia. Sebulan lepas balik, aku p interview kat kilang seri kembangan. So sekarang aku keje kat sini la.

I don know, aku nih lucky ke...ape ke.... Aku dapat tawaran wat projek ngan sorang member chatting. Aku jumpa satu group, actually best frenz of my ym guy. They are so fantastic la...aku giler2 respek team nih. Susah nak ckp la...ramai yg risau aku kene tipu. Tapi kalau aku xamek risk, susah la aku nak maju.

Setakat nih alhamdulillah...aku harap semuanya OK. Biasa la zaman keje xsama dgn belajar.

Nanti2 aku rajin, aku tulis ah lg...bosan pulak kan, xde gambar langsung. Aku pon xsuke bace blog yg membebel aje.

Munajat redha maybe dah jadi kenangan buat aku, tapi apa yg tinggal adalah sebuah cita-cita yang akan aku teruskan sampai akhir hayat aku. Moga ia akan jadi inspirasi buat umat islam yg inginkan kemenangan.

Sekian.

love -ana-

Thursday, December 16, 2010

My new blog

Bismillahirahmannirahiim

Salam all

Lama sungguh xbuat entry baru. Entah ade org baca atau tidak. Huhuuu... Lately, saya terlalu busy dengan study, dan xde isu yg boleh saya ketengahkan. Dah hidup mcm xbape nak ade life.

So, terfikir utk menaip jugak sesuatu untuk tatapan pembaca yg berminat.

Blog yg baru ini, saya akan cerita pasal ilmu yg sy blaja kat sini. Sesuatu yg membuatkan saya sangat2 teruja. Kebiasaan ilmu2 yg saya terangkan ini, biasanya ada dalam bahasa jermen atau english aje...so saya cuba simplekan, utk tatapan yg ingin tahu, tapi susah nak paham. Supaya ilmu ini boleh disebar2kan dan diperkembangkan.

Mana lah tahu, dengan penulisan saya, ada yg akan berminat untuk belajar dengan lebih lanjut lg.

Sila ke laman blog ini : http://sayasukanano.blogspot.com/

Thank you for your attention!

XOXO -ana-

Monday, September 20, 2010

Kerja

Salam

Lately aku terfikir apa aku nak buat lepas abes belajar. Apa ek?

Jadi jurutera? Bukan itu ke yang aku usahakan selama ini? Hurmmm...

Mak cakap, aku cari dulu pengalaman bekerja. Actually aku nak mulakan bisnes dengan modal yg kecil. Dari situ, aku nak kumpul pengalaman, macam mana nak handle bisnes impian aku suatu hari nanti.

Mak aku tgk, anak orang lain pakai kete besar. Aku? Aku teringin ada rumah sendiri dulu, lagipon, apek bleh drive aku kemana-mana aku nak pegi. Dan aku suka naik kenderaan awam.

Adakah aku tak realistik? Of kos, mula2 start bisnes xsenang macam dijangka. Untung mesti sikit. Kenala sabar dalam masa setahun, baru orang nak recognise keje kita.

Pada aku, aku senang, kalau aku ade duit, dan boleh kasi org lain duit tu. Perlu ke kesenangan aku ditonjolkan dengan kereta mewah, sedangkan hutang keliling pinggang?

Harta...harta...harta...

Aku bukan xnak ada harta, tapi aku nak laksanakan dengan jalan aku sendiri. Maybe jalannye susah.

Dalam hidup aku, aku jarang buat kerja volunteer. Aku berpelajaran, aku ada ilmu yang aku nak share dengan orang lain, tanpa aku meminta, tapi sentiasa memberi.

Bukan aku xnak cari duit langsung. Akan aku usahakan. InsyaAllah. Aku ada perancangan, dan akan mulakan perancangan aku pada tahun depan. Untuk syarikat aku yang tgh idle sekarang, akan aku bangkitkan. Cuma aku perlukan pengertian mak ayah... xperlu orang lain.

Doakan kejayaan aku dan MR...

Saturday, August 28, 2010

Inter-religion

Salam wrth...

Betol ke aku wat inter-religion??? kalo culture..kita panggil interculture. Jadik fahaman ayah pin lak bila sebut interreligion.

"Intercultural competence is the ability of successful communication with people of other cultures.

A person who is interculturally competent captures and understands, in interaction with people from foreign cultures, their specific concepts in perception, thinking, feeling and acting. Earlier experiences are considered, free from prejudices; there is an interest and motivation to continue learning."

Kalo interreligion lak? tukar aje la kan cultures tuh ngan religions. Aku rasa org skarang xde masalah dah ngan perbezaan culture, tp lebih pada perbezaan agama. (maybe xtermasuk krisis indon-msia baru2 nih)

Untuk seseorang memahami budaya org len, aku rasa lg mudah berbanding memahami dan berlapang dada dengan agama/kepercayaan org len. Lagi2, semua agama berusaha untuk menarik org yg beragama len,untuk mempercayaai kepercayaan agama itu sendiri, mengundang sikap prejudis antara agama.

Aku tertanya2, mengapa kalangan masyarakat melayu tidak bersikap terbuka dan terlalu sensitif terhadap agama. Pasal doa untuk pemerintah yg bukan beragama Islam, dijadikan isu besar-besaran. Sudah diterangkan tentang hukumnya, kenapa masih tidak senang untuk berlapang dada. Adakah kita nak mencontohi yahudi? agamanya hanya untuk bangsanya saja?

Aku xbape tahu jugak,bagaimana Rasulullah saw melayan org bukan Islam. Aku ada terbaca kat dlm artikel saifulislam, Baginda xde pon menegah arab badwi masuk dlm masjid,walo ade yg kencing di dinding masjid. Macam mana org melayu bertindak balas, kalo perkara mcm nih terjadi? Org bukan Islam nak masuk masjid pon xleh.

Oh,lupa lak kan, masjid hanya dijadikan rumah ibadat aje sekarang nih. Dakwah islamiah ade ke? ade kot, 2..3...4 buah...bagus2,ada2 dr xde langsung.

Aku xpernah terlibat dalam kancah perbezaan agama yg besar2. Tapi pernah lah aku nak berdiskusi ngan sorang klasmet beragama hindu, tapi aku dihalang oleh teman beragama islam, walaupon aku sudah bersetuju dengan rakan yg beragama hindu itu, aku ingin berdiskusi secara aman, dimana aku akan respek pendapat/kepercayaan dia, dan dia respek pendapat/kepercayaan aku. Bosan ngan bebelan rakan seislam aku, aku blah terus.

Persoalannya, kenapa org melayu islam terlalu tertutup???

Maybe yg dibimbangkan ialah pergaduhan. Aku rasa, xkan timbul pergaduhan, andai xde nak tinggi2 suara dan memaki2 pendapat/kepercayaan org len.

Maybe, takut diri sendiri terpengaruh, sebab basic beragama pon xbape nak kukuh.

Maybe, kepentingan diri sendiri akan terjejas (???apakah???) no idea

Aku marah tgk org di indonesia membakar bendera tanah air aku, tapi aku xkan membuat apa2 selagi mereka tidak menyerang tanah air aku. Sama aja mcm prinsip Islam kot, kita hanya memerangi org bukan Islam yg memerangi Islam.

Aku pernah p mendaki gunung sinai, mesir. Tempat di mana Nabi Musa a.s menerima kitab taurat. Di sana 3 agama( Islam,kristian dan yahudi) memiliki sesuatu yg significant. Bermula dengan takbir yg dilaungkan oleh kawan aku, dan bacaan asma'ul husna, semua yg berada disitu yg berlainan agama senyap. Selepas itu, diikuti pula dengan bacaan apa ntah (bukan beragama islam).

Andai kata masyarakat melayu itu sendiri terlalu ambil berat tentang agamanya, stop being like we use to be. Kita takut bersikap terbuka, bimbang anak2 atau diri kita sendiri terancam dengan kepercayaan mereka. Kita misti dan wajib mempersiapkan, mengukuhkan diri/ahli keluarga dengan ilmu agama dan memantapkan dengan amalan. Being too sensitive is not enough. But not being sensitive indicates we do not care at all. Buang adat yg tidak menepati hukum Islam...belajar dan terus belajar....

Hurmmm...weiß ich nicht so genau....
Wallahualam...




Saturday, August 21, 2010

Materialistik





allowScriptAccess = "always" allowfullscreen = "true" width = "400" height = "224">



Salam

Aku rasa aku xlayak nak sebarkan video ini. Tapi demi suatu sempadan yg boleh menjadi iktibar untuk orang lain. Aku xmau marah-marah kat minah nih dengan emosi membuak-buak. Dan aku mahu korang2 yg membaca blog aku nih, lebih mengambil pengajaran dari menghentam org yg melakukan kesalahan.

Aku tahu, dengan keadaan dan kehidupan sekarang, duit pada hampir semua org adalah segala-galanya. Celik mata, pk duit, sebelum pejam mata pk duit...mimpi pon pasal duit...ahaha.

Bila aku dgr perbualan nih. Aku merasa geram pada minah yg terlibat. Antara sebabnya :

1. Di dalam tempoh bertunang si perempuan merasakan tidak secure dgn tunangannya. Memang pompuan tersebut berhak memutuskan ikatan pertunangan, tetapi dia tidak berhak menjalinkan hubungan dengan mana2 lelaki sepanjang tempoh tersebut. (maybe sesiapa yg mengetahui hukum2 dan nas tentang pertunangan, sila la bg komen). Kalau dia terpikat dengan mana2 lelaki, putuskan ikatan pertunangan dulu, dan lepas tuh, kenallah mana2 lelaki pon.

2. Dia mahukan kesenangan dalam jangka masa yg panjang. Ok, semua org mahukan begitu kan. Tapi bg aku, apa yg dia cakapkan, semuanya adalah kesenangan dalam jangka masa pendek. Dia mahukan kereta, kereta tuh kalo nak beli kene berhutang. Dengan kereta pon, xbleh nak buat duit jugak. Makan duit byk adalah. Untuk minyak lg, harga kereta pon makin lama makin jatuh. Ada lori, dgn lori, bleh wat bisnes. Bisnes adalah punca duit utk jangka masa lama. Dia mahukan kesenangan la nih jugak, tp kesenangan yg la nih tuh, maybe tdk bleh bertahan dgn lama. Lelaki itu ada impian utk mengubah hidup...tetapi pompuan itu tdk mahu berkongsi impian tersebut.

3. Permulaan untuk next relation dgn laki lain, bermula dgn dia curang pada tunangnya. Pada aku, andai kata permulaannya dah xbape nak bagus, susah nak predict la bahagia forever ever after kan.

Maybe isu video nih lebih tertumpu pada pompuan tersebut. Tapi si samad pon ada salahnya. Bagi aku, cara nih bukan memperbaiki hubungan, tetapi lebih memarahkan lg. Lagi2 mengaibkan pompuan tersebut. Xbaik woo mengaibkan org len. Xkira la walo kita marah kat die pon. (Oppssss..aku lak p sebarkan video nih kan..kueng2)

Materialistik tuh ada pada semua orang. Tapi kalo dijadikan foundation utk membina keluarga, bg aku, sgt xpatut. Nanti sikap tu, akan effect pd anak-anak. Macam mana??? ye la..kalo dah siang malam keje carik duit, masa xde utk mereka. Kasih sayang digantikan dgn kebendaan...adakah wajar???

Hurrrmmm...marilah sama2 kita berfikir dan berubah...

Menutup aurat

Salam

Oneday, aku tersentap bila adik aku, suatu masa dahulu berkata pd aku, dia memakai tudung sebab respek pada mak dan aku. Ya, aku tahu, pada masa itu, dia masih tidak paham akan tanggungjawab dia, masih mentah. Mungkin, pd masa itu, iman hadir sebab dilahirkan di dlm keluarga islam.

Kat sini aku nak share video2 pasal hal hijab yg aku rasa terbaik untuk menerangkan tentang menutup aurat. Aku teringat, ada satu hari..tika aku dlm perjalanan pulang ke rumah, ada sorang laki bukan islam berckp tentang hal hijab. Di mana org pompuan disekat kebebasan, dikekang oleh orang laki. Tapi sbb nak explain kat dia dlm bahasa jerman agak la susah, aku amek keputusan untuk senyum aje. Lagipon time tuh, aku dah cukup penat nak bersuara dan nak pk hujah.

Sebagai org pompuan, kita ada 2 choices... sama ada kita nak pilih berhijab, lalu kita akan lebih fokus perkara yg lebih penting dlm hidup kita (ibadat, kerja, kebajikan) atau kita pilih untuk menghabiskan wang ringgit dan masa untuk menjaga rambut, muka, body, kuku (menambahkan keroje ajo). Pada aku, basic2 aje udeehhh... bukan xjaga langsung... tp kecantikan milik setiap insan... bukan milik kau, kau atau kau...

Islam mengajar menganutnya supaya tidak menjadi individualistik. Apa yg dikerjakan oleh seseorang itu, perlu mengambil berat tentang kesannya terhadap sekeliling. Islam menjaga satu individu, dan org yg berada disekeliling individu itu juga. Ini jalan yg ditunjukkan Islam kepada kita. Kebanyakan yg enggan menutup aurat, bg aku terlalu objektif pd diri dia sndr. Rasa panas, xselesa, xbebas, semua nih kehendak individu.

Renung dan fikirkan lah...




allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="400" height="224"> allowScriptAccess = "always" allowfullscreen = "true" width = "400" height = "224">


http://www.facebook.com/video/video.php?v=148079185211561

Hijab, Niqab or Nothing