Thursday, January 21, 2010

Duit oooo duit...

Salam satu jemaah semua...;))

Mak aku penah komplen la pasal aku,berbunyi begini ," Angah ni,kalo balik, muka monyuk (masam,mencuka) mesti sebab takde duit nih."

Hahahaha, my bad habit. Sapa tak susah hati beb, bile purse kempis-kempus. Lagi-lagi bila balik, aku tak seronok kalau tak belanja famili aku makan best-best dan aku rasa susah hati, bila adik aku nak pau aku. Susah hati bukan sebab ape pun, kesian tengok adik-adik aku mengharap perkara yang tak ada.

Suatu hari, aku tercakap kat kawan opis aku, aku memang tengah sengkek. Biasa r, sambil duduk buat keje, sambil bercerita itu ini, terlepas gak la dari mulut nih. Tengah dok sembang-sembang, ada pulak datang mintak duit nak buat majlis perpisahan, aku seluk poket, kasik 10 hinggit kat dia.

Pastuh ada mamat yang berpangkat abang la, tegur aku, "Ana cakap tadi tengah sengkek. Tak payah la bagi kalau xde duit." Pastu jawab la kan , "Ada duit,bukan xde langsung. Sebahagian duit kita tuh kan ada hak org lain." Sempat lg aku berceramah disitu..ekekekek~ Di panjangkan cerita, lepas tuh, aku dipanggil utk mendapatkan cek elaun aku. Alhamdulillah, murah rezeki.

Aku penah baca, saat yang paling afdal utk bersedekah, ialah time kita kedekut sangat nak bersedekah. Mestilah korang selalu rasa saat-saat macam nih kan. So, lu fikirla sendiri~

Ketika aku berjalan-jalan dari satu blog ke blog yang lain, aku terjumpala nasihat, berbunyik camni la, " Gunakan 70% dari duit kamu utk keperluan kamu, 10% utk kebajikan,10% utk memulakan perniagaan dan 10% lagi utk simpanan". Alhamdulillah, aku sedang mempraktikkannya.

Apa yang aku nak ulas, adalah 10% duit kita utk kebajikan. Aku penah dgr kata-kata dari sebuah filem, "Kita belanja 10% dari duit kita, maka Allah swt akan gandakan sebanyak 10 kali ganda. Itu bermaksud kita akan mendapat kembali pulangan sebanyak 100%".

Uhuuu...Allah swt Maha Kaya, berapa banyak yang Dia nak kasi tak terjangkau minda kita. Tapi jangan lupa, ganjaran Allah swt tuh bukan merangkumi harta dunia sahaja k.

Aku selalu nasihatkan rakan opis aku, yang berusaha keras, tapi gaji ciput aje, yang komplen rakan opis yang lain yang dok rilek, mcm xkerja,tapi dapat lebih gaji, kenaikan pon byk. Aku cakap kat depa, suruh diorg guna akal/pemerhatian. Tengok orang yang diorg komplen tuh, gaji besar tapi selalu merungut takde duit dan awal-awal bulan,dah nampak sesak mcm akhir bulan. Tapi depa? Alhamdulillah, cukup, siap kereta pon boleh modified. Jangan nampak ganjaran tuh dari segi nombor gaji, tp tengok kehidupan kita. Adakah tenang? Bahagia? Susah hati? Kalau nak tengok duit yang kita dapat tuh berkat atau tidak senang aje kan... refer balik pada kehidupan kita.

Nasihatnya : Jangan la kedekut. Aku dah merasa jadik kedekut nih, hati tak tenang pon.

2 comments:

abcdef said...

" Gunakan 70% dari duit kamu utk keperluan kamu, 10% utk kebajikan,10% utk memulakan perniagaan dan 10% lagi utk simpanan"

Aku suke ayat ni,nnt nak praktikkanlan....btw habit aku klu sengkek, aku dermala rm1 ke masjid etc2, x lame pastu insyaAllah akan sng....mmg cpt effect dia he2

Nur Farhana Adnan said...

betol3... effect die mmg cepat. Banyak r pengalaman aku jadik mende yang sama. Aku kasik org 50 sen, tetibe aku jupe duit aku tersorok 5 hinggit dlm beg.

Allah swt punye kuasa,,,xde la sampai pk nak dpt harta dunia,cuma perkara terjadi tuh,miracle~huhu~