Wednesday, July 29, 2009

Exkursion

Arini 29hb Julai, aku p melawat kilang Mogul Federation. Syarikat nih pengeluar spare part kete, yang bahagian Nuremberg nih, die wat kepale piston enjin.

Sungguh panas kat bahagian nak cairkan metal...mmg r kan..kalo xpanas,camne nak cair. Piston kete nih diperbuat dr alloy (campuran besi)..bahan utama dari Aluminium+besi(iron 0,3%)+silisium+ bla2(percentage sket). Kalo lambogini kan pakai piston dr titan, kalo diikutkan secara teorinye, piston yg diperbuat dr alloy aluminium lg effektif,sbb titan lg berat dan mahal. Aku pon xbape nak paham penerangan die td. Piston aluminium lebih ringan dr sebelum nih. Dan boleh menghasilkan 7000 putaran/min.

Sungguh sini byk keje utk bdk2 mekanikal..hahahahaaa..kos aku? maybe r,bahagian QM...ekekeke~

Tadi aku tgk la piston tuk kete nissan,bmw,vw. Malangnye xdibenarkan amek gambo..sedih3. Yg aku kagum ade satu teknik surface finishing(melicinkan permukaan) gune helium..perghh.. utk part yg susah nak finish.

Walo penat, berbaloi gak la pegi. Ade la dlm kepale otak aku, nak siapkan Bachelor tesis aku nnti. Wait 4 me Sapura Holdings~i'll be there~

Wednesday, July 22, 2009

KUN FAYAKUN

Ntah kenape lak, suke lak aku mengulas-ngulas ape yang aku tonton minggu nih. Hahahahahaha~
Yea kan, punya la sangap, bile exam da abes. Xde mende lak nak buat. Malas semalasnye. Bangun2 tido trus on9, then masuk chatroom, park id. Then p toilet. Pastuh carik mende ape yang bleh dimakan, then tonton ape yang boleh ditonton di tenet. Seb baik,iman yang setipis kulit bawang nih, still lagi letakkan limit nak tgk ape kat tenet.. ekekekekkee~

This indonesian movie... called KUN FAYAKUN, mengisahkan tentang pengharapan seseorang terhadap Allah swt, utk mengubah nasib dirinya dan keluarga.

Bila aku compare diri aku ngan lelaki dan keluarganya, betapa aku rasa sgt jauh beza pengharapan aku kepada Allah swt. Jujur aku katakan, aku penah kehilangan sesuatu yang sgt aku jaga dan sayang, sehingga aku merasa tiada ganti selepas itu. Alhamdulillah, aku nih jenis ketegaq jugak la kan, never stop trying. Walaupun actually dlm hati tuh penuh dgn segala keraguan tersgt2. Walau macam tuh pon, Allah swt sentiasa tunjukkan aku jalan utk aku keluar dari kesulitan.

Ayat seribu dinar

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا (٢) وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا ٣

"...sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3) "

Cukuplah ayat di atas sebagai renungan dan ingatan sebaik-baiknya utk kita. Hanya kepadaNya kita berserah.

Kun Fayakun Part 1
Kun Fayakun Part 2
Kun Fayakun Part 3
Kun Fayakun Part 4
Kun Fayakun Part 5
Kun Fayakun Part 5
Kun Fayakun Part 6
Kun Fayakun Part 7
Kun Fayakun Part 8
Kun Fayakun Part 9
Kun Fayakun Part 10

~Sekian~

Tuesday, July 21, 2009

Nur Kasih

Sambil-sambil aku berehat dari pen"study"an ku utk last paper pd sem ini, aku nak coretkan tentang drama feberet aku stakat nih, NUR KASIH

Kalau korang nak tahu pasal ape cite nih, korang masuklah kat link yg aku kasik tuh. Sebab ape yang aku nak bicarakan kat sini bukan pasal hikayat drama tersebut,tapi pasal isi yang disampaikan dlm drama itu setakat yang aku tengok nih.


Aku selalu tertanya-tanya pada diri aku, kenapa aku begitu gementar ketika berhadapan ngan anjing...hahahaha.
Dalam citer nih dlm episode ke-8, ada mempertikaikan kenapa umat Islam seakan-akan memandang jijik kepada makhluk ini. Bukan jijik actually, andaila kan, terkene air liur si anjing nih, xke leceh nak membasuh 6kali air suci+1 kali air tanah. Lagi pon anjing-anjing sini sgt2 mengada-ngada, konon manja la sgt, nak jilat-jilat kite. hahahahhaha...

Aidil membawa watak yang sgt mencabar, pd pendapat aku. Dia mahukan masyarakat melayu berubah kepada ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Sifatnya yang sangat bertoleransi dan berhikmah dalam membuat perubahan, sgt menerujakan aku. Sepatutnya sikap beginilah yang perlu ada, bukan hanya pada pendakwah, malah seluruh masyarakat Islam, sepatutnya.

Perubahan memang amat diperlukan pd zaman ini, dikala mana manusia menidakkan kewujudan Tuhan dan hanya berpandukan kepada logik akal semata-mata. Tetapi setiap perubahan pasti ada penentangan. Dan setiap penentangan perlu diatasi dengan kebijaksanaan.

Tetapi jangan kita bermusuh-musuhan disebabkan cara dan fikiran kita berbeza. Islam amat unik, bermusyawarah adalah cara terpenting dlm mengatasi permusuhan dlm perbezaan ini. Adaptasi pemikiran antara satu sama lain, penghujahan secara bernas dan berfakta, banyak disisihkan oleh masyarakat kita.
Dalam adat, kita menerima arahan secara absolut tanpa sebab drpd individu yang dihormati (Mak ayah, pemimpin). Tidak bersetuju beerti "melawan". That's why kita kurang berhujah dan memberikan pendpt kot..huhuhuuuu~

Pasal salah faham dlm hukum-hakam Islam nih, biasa lah, everything becoz kekurangan ilmu lew. Never ask, camne hukum itu terjadi, but tahu itu haram,ini halal. Nas-nas yang sahih??? Hareemm nak tanya...huhuuu~

Ini base on my opinion ajela kan in what happens around me.
Pasal kisah cinta kat dlm drama nih, maleh la den nak kupaskan. Kupas kulit dorian lagi bagus..ekekeekek~

~Sekian~yohoho~

~Sedutan dari drama nih~


Friday, July 17, 2009

Naruto Shippuden


Aku adalah peminat manga yang setia sejak 3 tahun lepas. Tiap-tiap hari jumaat, aku akan make sure melepaskan penat lelah aku depan komputer utk membaca manga Naruto secara online. But kali nih, aku paste kan link dlm nih. Mana tahu ada sape-sape yang berminat.

Aku tak kisah kalau ade yang nak komplen aku nih cam budak-budak suke tengok kartun. Aku xbape nak layan movie. Apa-apapon,setiap orang ade cara sendiri nak menghiburkan diri. Yang penting..enjoy!! Lagipon seminggu skali aje. Jangan jadi cam kartun sudah..huhuuu~

Nih link-link yang aku slalu masuk:

WATCH ANIME ONLINE!!!

READ MANGA ONLINE!!!

Pada sesape yang nak donlot Naruto(Anime/Manga) bleh hamek kat sini

Direct download (Manga naruto 456) here


Naruto shippuden 117(boleh view kat sini ajew)


Watch Naruto Shipp 117 in Anime | View More Free Videos Online at Veoh.com

Bersabarlah - Warisan

video

Terima kasih kepada seseorang yg telah dedicate lagu ini kepada aku.
Seseorang yang telah membuka kembali jalan yg ingin aku tinggalkan.

~Terima kasih yang tidak terhingga~

p/s: this song is dedicated to all my beloved friends.

Thursday, July 16, 2009

Tahik Chatting

2 month being seriously involve in chatting...hahaha..SO DAMN~
Tiap-tiap hari aku akan masuk chatroom yg paling aku suke..SELANGOR:2.
Mula-mula aku tertarik dgn chatroom nih,sebab ade seorg user ber"id" tn_hj_jauhkayuh membuat satu sesi soal jawab agama. Sejak dari tu,aku mula tangkap cintan ngan chatroom nih.

Bermula dgn id khairulnisa_85, aku memperkenalkan diri sebagai "nisa". Nisa=wanita...khairulnisa=seorang wanita yg baik. Id ym nih da hampir 4 tahun aku guna.
Then, muncullah nisa_toing2,nisa_4m01,nisa_typo,n1s4.s3l2

Dari sehari kesehari, aku mule meng'improve'kan skill chatroom aku dgn menggunakan client-client YM. Mulalah episode list friends dlm ym aku yg berlambak-lambak.



Nih client yg paling aku suke gune. Amat mudah digunakan, ubat yg sgt mujarab kepada penyakit-penyakit di chatroom..huhu.(boot). Voice dominance pon bleh tahan la. Sekurangnye xde la langau-langau yg suke memijak-mijak mic sesuke hati ketika aku sedang menyumbangkan lagu. huhuhuu~

Banyak aku dpt rasekan keburukkan chatting nih. Skali da start..it's so damn~
Kepada yg baca entry nih, kalo terase gatal-gatal nak terlibat secara serius dlm chatroom, diharap berfikirlah masak-masak dulu. It's fun, bile jupe member2 yg giler2, ade time wat rase nak pecah perut. Merepek-repek tahap gile baban. Hilang tensen sekejup2.

Then, terase bile dpt kawan2 kat chatroom nih,kite bebas menjadi siapa diri kita. Kita bebas memiliki apa2 karektor berdasarkan id kite, atau apa-apa jua lah. No boundaries. Kite keluar dr dunia realiti kpd suatu dunia yg xwujud. Dunia yg mengajar kita keluar dr sifat diri sndr. Mungkin di chatroom, kita akan bertekak gile baban dgn seseorg, bile di luar, kita menjadi kawan yg kamceng. Who cares??

Apa yg dpt aku belajar, jangan cepat-cepat menilai seseorang. Penilaian perlu berlaku pada jangka masa yang lama. Dan jgn sesekali bersangka buruk pada org lain.

Pasal chatting??? Hahaha...kalo korang berminat nak tahu atau mahu mengetahui dengan lebih mendalam, meh masuk site nih:
ALL ABOUT YAHOO! (CHATROOM,Y! CLIENT,VOICE TOOLS,BOOTS,PROBLEMS,ETC)

Walau dunia chatting tiada sempadan, kita jugalah yang perlu meletakkan sempadannya.
For all my frenz in Selangor:2

kay_liss myra ferra anis fazz mya east cem kak komp julia itek remmi cang shah naes wan abg papap qai kazai kapal juan tede

n etc (ade la yg tertinggal tuh..huhu)

No matter who u r..deep inside my heart, i really appreciate ur existance.

~Sekian~