Sunday, January 24, 2010

Tegur menegur

Salam semua...

Aku nih,pk dok pk ayat yang baik,camne nak explain aku yg aku nak sampaikan. Susah jugak menulis nih. Fuh,peluh gak tiak..huhu~

Aku dengar kawan aku cakap, kalo kita tegur kesalahan org, tp kesalahan tu kita buat jugak, hukumnye makruh. Hukum menegur orang yang bukan di bawah tanggungan kita, adalah fardu kifayah (kalo tegur,tanggungjawab lepas) dan hukum menegur org yg dibawah tanggungan kita adalah fardu ain (wajib menegur sampai org itu melakukannya). >>>sila betulkan kalau salah.

Uih,maksudnye,kalau kita nih ketua (leader) ke, banyaknye la keje nak buat kan. Tapi still org sukakan kuasa..huhu~ Ye lar,tanpa kuasa mcm mana kita nak tegakkan syiar Islam kan.

Aku tahu, pengalaman jadik penegur atau yang ditegur ni memang xmenyenangkan. Kita, diri sendiri, apa yang kita tafsirkan bagai kita hidup dlm kotak, hanya org luar dapat lihat, adakah kotak itu cantik ke tidak. Mungkin kita tak sedar dgn kesalahan sendiri, atau mungkin tanggapan org itu salah, ilmu agama la yg menentukan kepastiannya.

Ramai yang kondem org yg menegur,membalas teguran dgn berkata : "Eleh,macam dia baik sangat".

Memang si penegur tuh xbaik langsung pon,xde siapa perfect. Dan kita kene fikir, tanggungjawab dia dah terlepas. Then, tanggungjawab kita lak menegur kesalahan org lain. Maybe ego diri kot, buat kita ignore teguran orang lain. Andai kata berlaku salah sangka, janganla gaduh-gaduh, bincangla elok-elok. (Kalau gaduh jugak??? jawab r sndr..huhu)

Kalau kita kene jadik baik betul-betul baru boleh tegur orang, abes sampai bile bleh baiki masyarakat wei?

Daripada kita ngumpat-ngumpat aka wat ketupat, baik kita tegur terus. Ngumpat nih banyak buat spekulasi xbetul, dan menambahkan sakit hati org. Kalau tegur direct, maybe sakit tuh xseparah mengumpat kot. (tapi ngumpat tuh kan senang aje, tegur org nih, aiseh...serba salah)

~Poyo aje la aku nih~

2 comments:

Hami Asraff said...

salam. owh budaya tegur menegur ni memang dah lama menapak di kalangan masyarakat kita. tetapi banyak persepsi dan tanggapan masyarakat terhadap budaya ni. kadang2 orang takut nak tegur. macam kamu cakap la. nak tegur, tapi diri sendiri buat kesalahan tu juga. kadang2 dirasakan busy body apabila cuba nak menegur dan alasannya, biarlah itu hak dia. apa jua persepsi Islam ada menetapkan garis panduan untuk menegur secara berhikmah. wallahu'alam. (",)

Nur Farhana Adnan said...

masalahnye org tahu nak tegur secara berhikmah kan tapi bila tak puas hati,kita suka cakap2 blakang kan.

Emo lebih. Akal letak kat lutut agaknye.

>>>nasihat diri sndr juga~
>>>moga-moga kita refresh balik ilmu yg ada,pastuh apply elok2.