Monday, September 20, 2010

Kerja

Salam

Lately aku terfikir apa aku nak buat lepas abes belajar. Apa ek?

Jadi jurutera? Bukan itu ke yang aku usahakan selama ini? Hurmmm...

Mak cakap, aku cari dulu pengalaman bekerja. Actually aku nak mulakan bisnes dengan modal yg kecil. Dari situ, aku nak kumpul pengalaman, macam mana nak handle bisnes impian aku suatu hari nanti.

Mak aku tgk, anak orang lain pakai kete besar. Aku? Aku teringin ada rumah sendiri dulu, lagipon, apek bleh drive aku kemana-mana aku nak pegi. Dan aku suka naik kenderaan awam.

Adakah aku tak realistik? Of kos, mula2 start bisnes xsenang macam dijangka. Untung mesti sikit. Kenala sabar dalam masa setahun, baru orang nak recognise keje kita.

Pada aku, aku senang, kalau aku ade duit, dan boleh kasi org lain duit tu. Perlu ke kesenangan aku ditonjolkan dengan kereta mewah, sedangkan hutang keliling pinggang?

Harta...harta...harta...

Aku bukan xnak ada harta, tapi aku nak laksanakan dengan jalan aku sendiri. Maybe jalannye susah.

Dalam hidup aku, aku jarang buat kerja volunteer. Aku berpelajaran, aku ada ilmu yang aku nak share dengan orang lain, tanpa aku meminta, tapi sentiasa memberi.

Bukan aku xnak cari duit langsung. Akan aku usahakan. InsyaAllah. Aku ada perancangan, dan akan mulakan perancangan aku pada tahun depan. Untuk syarikat aku yang tgh idle sekarang, akan aku bangkitkan. Cuma aku perlukan pengertian mak ayah... xperlu orang lain.

Doakan kejayaan aku dan MR...