Saturday, January 30, 2010

Selingan ~Cartoon~







Friday, January 29, 2010

Diam...diam...diam...diam

Salam allz

Aku da nampak keserabutan melanda blog aku nih. Rasa nak baling blog nih dlm lombong, bila tgk setting die lari. >blog ada kaki leh lari-lari. Niat dihati nak ubah suai balik, tapi aku xde masa la. Lama tuh kalo aku dok ubah suai blog, xsanggup aku semata-mata blog aku xstudy..huhu~

Andai ada yang berminat sungguh baca karangan aku nih, aku mintak maaf la, kalo entry nampak ade nasihat agama sket, tapi xdisertakan ngan dalil. Aku nih bukan la arif bab dalil-dalil nih, so kalo korang nak dalil-dalil, korang visit la blog-blog tertentu. Aku menulis berdasarkan pentafsiran dari pemahaman agama aku yg xbape nak dalam. Dan menyedarkan kalian tentang kesedaran sivik yang aku sendiri pon xbape nak ade..kueng2~

Diam...diam...diam...diam...
Korang tahu tak tempat mana yang korang kene diam?

L.I.B.R.A.R.Y aka perpustakaan

Eh2, sume tahu kan. Tapi ada satu tempat nih, nak kate kene diam betul-betul bukanla maksudnye mcm tuh, "respek" kot lebih tepat. >>>SURAU + MASJID

Aku selalu avoid p surau time org tgh penuh, sbb aku xbape nak khusyuk >iman da la xbape nak tebal. Antara sebab lagi, kat dlm bilik/rumah ibadat la org dok sibuk cakap hal dunia.

Yang xbleh blah lagi, mengumpat plak. Orang yang mendengar berdosa, lagi-lagi yang mengumpat. Aku tak tahu tindakan aku ni betul ke salah, aku lambatkan solat zuhur utk aku avoid mende-mende gini. Atau pun, kalo kawan-kawan pompuan aku menerjah surau, aku pergi lambat sikit dari diorg, so kalo kawan-kawan aku tgh solat, aku amek wudhuk, time aku solat, diorg blah...huhu~ Regret disini, aku miss solat jemaah > walopon yang dtg awal tuh xsolat jemaah.

Aku nih da la jenis xleh orang tanya, terus meluncur aku jawapan. Bersembang, kalo kene mood, mmg xleh diam. So kalo terkena tempat xsepatutnya aku bercakap, rasa bersalah yang amat la kan. >dan2,pastuh wat lagi

Kalau anda-anda semua bleh diam dalam library, cuba-cuba la bawak-bawak diam dalam surau atau masjid. Kalau malas pon baca Al-quran (nanti takut org kate nunjuk-nunjuk) atau memang nak lepak-lepak aje, diam aje la. Ingatkan kawan-kawan jugak.

Silent your hp atau off trus, bila masuk rumah ibadat. Kalau di tempat lain leh buat, dalam rumah Allah swt misti boleh punye...my frenz kan cerdik :-bd

.:~sebagai peringatan untuk diriku~:.

Wednesday, January 27, 2010

Kreatif..innovativ..hahahha~







Tuesday, January 26, 2010

Selingan~high heel~



Klik pada image utk gambar yang lebih jelas
~kalo nak melawa pon,buat sakit kaki, baik xpayah~
~sakitnya bukan kita rasa sekarang, dah tua-tua nanti~
~kalau boleh,aku xnak la berkerusi roda gara-gara aku suka pakai high heel~
~pk la sndr~

Monday, January 25, 2010

My little students

Salam....

Aku tak tahu mereka masih ingat aku atau tidak
Kalau diingatkan semula
8 tahun sudah berlalu
Kini umur mereka mencecah 17 tahun
My little students become so matured

Sebulan aku ada pengalaman mengajar di sekolah agama rakyat di bukit beruntung, mungkin sebab sekejap aje, aku xingat nama taman tu. Tapi memori itu masih ada, wajah student aku masih ada. Tapi sudah jauh berubah.

Sweet memory tu... sampai aku fikir, aku nak mengajar lepas habis belajar nanti. Bila dah makin banyak aku belajar, aku makin tak berminat nak meneruskan jejak aku dalam kejuruteraan. Tapi aku akan gunakan ilmu yang ada, untuk meneruskan cita-cita aku. InsyaAllah.

Masa aku mengajar part time dulu, aku ditugaskan di kelas yang paling nakal dalam sekolah tu. Ada seorang ibu berkata pada aku ," Cikgu buat apa aje la dekat anak saya ni, nak pukul ke, tapi jangan bagi cacat sudah. Dia ni degil cikgu." Aku nak tergelak, bila aku tengok budak tuh terkulat-kulat pandang aku.

Kelas yang aku dapat tu, hampir semua sangat nakal. Tapi diorg so lovely. Aku masih simpan hadiah yang diorg bagi. Teringat diorang panggil aku kakak. Sebab kebanyakkan student aku ni, aku punye anak jiran juga. Aku cakap, kat sekolah korang panggil la cikgu, kalau kat umah, nak panggil kakak, ikut diorg la.

Pengalaman pertama mengajar dengan usia lepasan SPM agak susah bagi aku. Aku takde krebiliti untuk buat student aku ikut cakap aku. Lagi-lagi ajar budak-budak bertuah tu, semua cikgu angkat kaki. Aku pegang rotan pon diorg xtakut, bila kene libasan yg tak bape nak kuat, diorg main-main, gelak-gelak tak sakit. Mula-mula, aku bagi keje sekolah, xbuat, aku denda diorg dok berdiri atas kerusi.

Rasa nampak beban lak kat diorg dgn keje sekolah. Diorg ni da la IQ kureng sket, kalau tak paham, nak tanya siapa, mak ayah sibuk bekerja. Diorg ni nakal bukan apa, nak perhatian. Nak ada org ambil tahu pasal diorg. Mak ayah anggap soal pelajaran ni serah bulat-bulat kat sekolah. Duit dah dibayar kan. Tp seorg cikgu yg perlu handle 40 org murid dlm kelas, larat ke nak bagi perhatian kat semua budak.

Ada seorg student, dia agak ketinggalan dlm kelas, aku ckp kat dia, kalau bebetul nak blaja, aku luangkan masa petang lepas sekolah ajar dia. Sempat la beberapa hari aku ajar, aku dapat tawaran sambung belajar pulak.

See....itu contoh budak zaman sekarang, bila parents kurang masa untuk anak-anak. Kenkdg ada anak-anak yang xjumpa langsung org tua mereka. Sebab sibuk, balik kerja lepas anak tido, pergi kerja sebelum anak bangun. Kasih sayang diganti dengan duit. Yang paling memilukan, ada parents yang xada masa langsung untuk ajar kalimah syahadah kepada anak-anak mereka. Poor little child :(

Aku bimbang anak-anak aku nnti jadi begini....
Bagi yang beruntung, mereka akan mendapat kasih yang secukupnya dan ilmu agama secukupnye....

Kepada kawan-kawan aku yang bakal menimang cahaya mata, ataupun sudah ada cahaya mata, JANGAN PANDAI BUAT ANAK AJE.....kueng2~ (aku yakin kawan-kawan aku semua mampu jadi parents yang terbaik punye)

Sunday, January 24, 2010

Tegur menegur

Salam semua...

Aku nih,pk dok pk ayat yang baik,camne nak explain aku yg aku nak sampaikan. Susah jugak menulis nih. Fuh,peluh gak tiak..huhu~

Aku dengar kawan aku cakap, kalo kita tegur kesalahan org, tp kesalahan tu kita buat jugak, hukumnye makruh. Hukum menegur orang yang bukan di bawah tanggungan kita, adalah fardu kifayah (kalo tegur,tanggungjawab lepas) dan hukum menegur org yg dibawah tanggungan kita adalah fardu ain (wajib menegur sampai org itu melakukannya). >>>sila betulkan kalau salah.

Uih,maksudnye,kalau kita nih ketua (leader) ke, banyaknye la keje nak buat kan. Tapi still org sukakan kuasa..huhu~ Ye lar,tanpa kuasa mcm mana kita nak tegakkan syiar Islam kan.

Aku tahu, pengalaman jadik penegur atau yang ditegur ni memang xmenyenangkan. Kita, diri sendiri, apa yang kita tafsirkan bagai kita hidup dlm kotak, hanya org luar dapat lihat, adakah kotak itu cantik ke tidak. Mungkin kita tak sedar dgn kesalahan sendiri, atau mungkin tanggapan org itu salah, ilmu agama la yg menentukan kepastiannya.

Ramai yang kondem org yg menegur,membalas teguran dgn berkata : "Eleh,macam dia baik sangat".

Memang si penegur tuh xbaik langsung pon,xde siapa perfect. Dan kita kene fikir, tanggungjawab dia dah terlepas. Then, tanggungjawab kita lak menegur kesalahan org lain. Maybe ego diri kot, buat kita ignore teguran orang lain. Andai kata berlaku salah sangka, janganla gaduh-gaduh, bincangla elok-elok. (Kalau gaduh jugak??? jawab r sndr..huhu)

Kalau kita kene jadik baik betul-betul baru boleh tegur orang, abes sampai bile bleh baiki masyarakat wei?

Daripada kita ngumpat-ngumpat aka wat ketupat, baik kita tegur terus. Ngumpat nih banyak buat spekulasi xbetul, dan menambahkan sakit hati org. Kalau tegur direct, maybe sakit tuh xseparah mengumpat kot. (tapi ngumpat tuh kan senang aje, tegur org nih, aiseh...serba salah)

~Poyo aje la aku nih~

Friday, January 22, 2010

Quote of the day

Assalamualaikum wrth

"Ramai yang setuju, tidak semestinya benar. Ramai yang buat, tidak semestinya betul. Orang yang berani berkata-kata, tidak semestinya jujur. Orang yang diam, tidak semestinya bersalah. Yang penting buat sesuatu yang tak mendatangkan gelisah"

Sila bagi komen anda boleh???

Loklaq la hang~

Salam semua...

I think this video is really funny. =)) =)) gelak terguling-guling sudaaaa....

Mentua org kedah, and seriously, aku jatuh hati dengan loghat depa. Hahahhaha~

Sekali sekala, aku tersasul cakap pahang, mujahid copy ape yang aku cakap, hahahaha...xbleh blah bila dua loghat (pahang+kedah) bercampur baur. Fewwww...so satu malaysia~ekkekek~

Thursday, January 21, 2010

Duit oooo duit...

Salam satu jemaah semua...;))

Mak aku penah komplen la pasal aku,berbunyi begini ," Angah ni,kalo balik, muka monyuk (masam,mencuka) mesti sebab takde duit nih."

Hahahaha, my bad habit. Sapa tak susah hati beb, bile purse kempis-kempus. Lagi-lagi bila balik, aku tak seronok kalau tak belanja famili aku makan best-best dan aku rasa susah hati, bila adik aku nak pau aku. Susah hati bukan sebab ape pun, kesian tengok adik-adik aku mengharap perkara yang tak ada.

Suatu hari, aku tercakap kat kawan opis aku, aku memang tengah sengkek. Biasa r, sambil duduk buat keje, sambil bercerita itu ini, terlepas gak la dari mulut nih. Tengah dok sembang-sembang, ada pulak datang mintak duit nak buat majlis perpisahan, aku seluk poket, kasik 10 hinggit kat dia.

Pastuh ada mamat yang berpangkat abang la, tegur aku, "Ana cakap tadi tengah sengkek. Tak payah la bagi kalau xde duit." Pastu jawab la kan , "Ada duit,bukan xde langsung. Sebahagian duit kita tuh kan ada hak org lain." Sempat lg aku berceramah disitu..ekekekek~ Di panjangkan cerita, lepas tuh, aku dipanggil utk mendapatkan cek elaun aku. Alhamdulillah, murah rezeki.

Aku penah baca, saat yang paling afdal utk bersedekah, ialah time kita kedekut sangat nak bersedekah. Mestilah korang selalu rasa saat-saat macam nih kan. So, lu fikirla sendiri~

Ketika aku berjalan-jalan dari satu blog ke blog yang lain, aku terjumpala nasihat, berbunyik camni la, " Gunakan 70% dari duit kamu utk keperluan kamu, 10% utk kebajikan,10% utk memulakan perniagaan dan 10% lagi utk simpanan". Alhamdulillah, aku sedang mempraktikkannya.

Apa yang aku nak ulas, adalah 10% duit kita utk kebajikan. Aku penah dgr kata-kata dari sebuah filem, "Kita belanja 10% dari duit kita, maka Allah swt akan gandakan sebanyak 10 kali ganda. Itu bermaksud kita akan mendapat kembali pulangan sebanyak 100%".

Uhuuu...Allah swt Maha Kaya, berapa banyak yang Dia nak kasi tak terjangkau minda kita. Tapi jangan lupa, ganjaran Allah swt tuh bukan merangkumi harta dunia sahaja k.

Aku selalu nasihatkan rakan opis aku, yang berusaha keras, tapi gaji ciput aje, yang komplen rakan opis yang lain yang dok rilek, mcm xkerja,tapi dapat lebih gaji, kenaikan pon byk. Aku cakap kat depa, suruh diorg guna akal/pemerhatian. Tengok orang yang diorg komplen tuh, gaji besar tapi selalu merungut takde duit dan awal-awal bulan,dah nampak sesak mcm akhir bulan. Tapi depa? Alhamdulillah, cukup, siap kereta pon boleh modified. Jangan nampak ganjaran tuh dari segi nombor gaji, tp tengok kehidupan kita. Adakah tenang? Bahagia? Susah hati? Kalau nak tengok duit yang kita dapat tuh berkat atau tidak senang aje kan... refer balik pada kehidupan kita.

Nasihatnya : Jangan la kedekut. Aku dah merasa jadik kedekut nih, hati tak tenang pon.

Wednesday, January 20, 2010

Bau badan

Salam semua...

Petua hilangkan bau badan :

  • Anda ambil timun (mengikut anggaran) dan kisar. Sebab anda perlukan “jus” nya.
  • Kemudian, lumurkan jus timun tadi ke seluruh badan anda. Terutamanya pada bahagian ketiak.
  • Biarkannya serap ke tubuh anda dalam beberapa minit sebelum membersihkannya atau mandi.
  • Lakukan cara ini setiap 2 minggu sekali sampailah anda merasai hasilnya.
  • Jika anda mengamalkan secara berterusan, ia bukan saja mampu menghilangkan bau badan. Malah dapat menyegarkan badan dan mengelakkan daripada terkena penyakit kulit. (sumber:http://petuamelayu.com/melayu/2009/06/petua-menghilangkan-bau-badan-anda/)
Ada jugak aku tahu, minum sup halia/air halia bleh kurangkan bau badan.

Pasal pe plak aku cite pasal bau badan nih? Sebenarnya aku terkenangkan kenangan ber"praktikal" di Sapura. Biasala kerja kilang besi, kalau masuk "line"(tempat mesin beratur), sure la badan macam di bakar, dan peluh mcm hujan turun dari badan. Neraka dunia sudaaa...

So sesapa yang memang xjaga bau badan a.k.a xpakai deodorent, tahu-tahu lah saja baunye macam mana. Masuk aje opis yg ber"ekon" tuh, ASTAGHFIRULLAHALAZIM...dasyat-dasyat...

Ada sesetengahnya pernah ditegur, pakaila deodorant ke, minyak wangi ke... Boleh plak dijawab, minyak wangi tuh haram dipakai oleh wanita. Biasa la kan, xkanla si penegur tuh nak cakap, "bau ko macam ***** la"...hahhaha, si penerima teguran mestilah terasa hati lalu xmo kawan.

Aku rasa kalau kita berpeluh dan ada bau badan, pakai minyak wangi lagi teruk kot. Deodorant skrang kan ade yang xde bau dan non-alkohol pon ada. Pakai la uiii... Sesekali tuh tanya la orang-orang sekeliling, bau korang mengganggu ketenteraman ke idak. Seb baik la aku ada kawan yang mmg komplen kalo badan aku bau masyam..ekeke~ sebab aku pon bgtau diorg, aku segan p kat depa, kalo aku masuk line(keje la maksudnye).

Kalau segala petua xmenjadi, korang kontrol la makan, jgn makan makanan yg berbau.

Bau badan jugak mempengaruhi 1st impression org kat kita. Kalo korang nak kenal seseorg, misti la korang dok dekat-dekat kan, kalo org pon xmo dok dekat-dekat ngan hang, macam mana nak kenal betol-betol. Nak berdakwah pon org takmo dekat, mcm mana sih mau kembangkan agama kita?

Rasa nye Islam xjumud la, sampai kita menidakkan kehadiran bau badan yang kuat tuh. IMEJ tau x....IMEJ muslim/ah menggambarkan IMEJ Islam.

Yang pakai minyak wangi...sapu kat baju, basuh la baju tuh uiiii. Ni tidak, lepas sapu, sapu lagi.

Bau badan + minyak wangi = uweeekkkkkk~

~fikir-fikirkan la~

Tuesday, January 19, 2010

~Panas : UMNO vs PAS~

Salam ukhwah semua...

Kali ini aku nak bawak isu panas sikit la. Ia berlaku pada aku baru-baru ini. Dalam usia nak menginjak 25 tahun nih, aku masih lagi tidak daftar undi. Lagipun aku bukan berada kat msia, walaupon boleh undi pos, aku xpercaya dengan ketelusan undi pos. Dan kalo aku biarkan tempat aku kosong, aku bimbang ia dipergunakan. (terpulanglah pada keyakinan semua)

Mujahid penah tanya kat aku, adakah aku akan sokong Umno atau Pas, memandangkan keluarga aku orang kuat Umno.(ada jawatan diperingkat Umno bahagian) Aku jawab, aku belum bersedia memberikan jawapan. Aku masih suka memerhati semua parti >>> tiap-tiap ada peluang, kalo boleh semua mesyuarat xkira Umno ke Pas ke, aku join.

Mujahid kata dia xkan benarkan aku undi selain Pas. Aku wat dono aje. Dia cakap, dia xkan benarkan aku sebab dia xmahu aku pilih parti yang tidak mahu menegakkan sunnatullah. >>> Urmm..good point.

Bukan tiada jawapan,tapi aku tahu diri aku. Andai aku betul-betul terpaut dengan jawapan itu, aku akan bertekad abes-abesan. Sesungguhnya,aku tahu, mak akan terasa dengan aku.

One day, aku pulang ke rumah ayah bondaku tercinta. Lepak santai-santai dengan keluarga, aku pakai baju T-shirt keadilan. Dalam hati, memang cuak. Kecoh lah sket adik-beradik aku. Kami memang suka bergurau, so xjadik isu la mula-mulanya. Aku jadik bahan ketawa r.

Hari ketiga, tgh aku ngan mak aku lepak kat ruang tamu, mak aku tetiba serius aje, then cakap dgn nada serius. Adoi, cerita lama keluar...pasal pakcik aku yang Pro-Pas. Sebab jadik isu dlm keluarga dan pakcik aku pon da lama menetap kat meru, pakcik aku tukar tempat mengundi. Mak pesan, jgn jadik mcm pakcik aku, tetiba bawak bendera Pas besar-besar, masuk kampung, dan tak perdulikan perasaan keluarga. Tp nada mak aku lama-lama jadik macam marah lak.

Aku cakap, itukan hak individu,kebebasan(mak jugak ajar aku,tiap org berhak memilih). Mak aku balas, hak individu tuh lebih penting ke dari keluarga?. Uhooo,bab-bab keluarga nih,aku terharu lew. Mak aku diam.

Dan aku pon bercakap, " Mak, kalau angah tak fikirkan hal keluarga, dah lama dah angah cakap melampau-lampau dan lawan ckp semua org. Angah dengar perkara yang jelas xbetul dicakap-cakap terhdp yg dibangkang,tp xpenah pulak angah bukak mulut. Kalau isu Umno, yang sememangnya nampak xbetul, org Umno pon sendiri nampak, dikatakan fitnah. Baju angah pakai nih,angah xpakai kat depan org mak,lengan pendek. Mak sendiri tahu anak mak." cuba ckp dgn nada yg plg lembut..berpeluh gak ketiak den

>>>aku cakap nih atas fakta yang mak aku tahu, aku tahu semasa aku join mesyuarat Umno.

Mak diam , aku diam. >>>>nak nangis sebab menjawab.
(Actually, pastuh aku nekad akan undi Pas)

>>>hohoho...salahkah aku? Apa patut aku buat? Hilf....

Monday, January 18, 2010

~LOTS OF LATE~


Salam allz...

Entry kali nih, aku nak cerita pasal pengalaman aku, jadik orang lewat. Mungkin korang biasa melewat-lewatkan waktu, terutama waktu solat (huhuhu). Mungkin melewat-lewatkan sesuatu da jadik tabiat korang hingga xleh dibuang lagi.

Ogos 2009, flight 3.30 ptg..kompem...

9.00 pagi - Aku baru bangun dari tido. Mak aii cek dek non ui..hang nih nak balik ke xnak? (sure la aku nak balik..dolzzz). Alamak,aku lupa nak beli barang yg kawan aku pesan. Aku pon siap-siap.

9.30 pagi - terkedek-kedek p kedai. Beli barang. Dah siap bayar. Jam da pkol 10.30 pg. Cepat-cepat p kejar train, balik umah. Tengah jalan p stesen train, "Alamak,aku tertinggal barang kat kedai tadi la". Terpaksa patah balik, sbb barang tertinggal tuh pon penting.

11.30 pagi - sampai rumah. Beg siap, sume siap. Arghhh serabut-serabut.

12.00 tgh hari - ingat leh naik train pkol 12 p airport. Mak aii, password tuh tiket xde. Kene p cek kat kaunter. Kaunter lak, adoi,org bratur mcm ular da aku tengok. Sempat ke, aku xtau. Beratur la jugak.

12.30 tgh hari - xjadik da nih, kalo xnaik train kol 1,mau xsempat kejar flight. Terpaksa la beli tiket lagi skali..kuar lagi duit.

2.00 ptg - dah atas train, apsal lak train nih lambat bebenor? aku salah naik train ke? adoi, mmg salah pon. Aku amek train yg route die panjang. Arghhh..serabut2.

3.00 ptg - sampai airport. Nih 1st time aku p sensorang naik flight dari airport nih. Mane lak emirates punye kaunter. Pusing-pusing airport...sign xde. Aku nak nangis da nih,usung beg berat. P kaunter pertanyaan....

3.30 ptg - Ohhh, kat situ rupenye check in kaunter emirates........FLIGHT ALREADY GONE...

Uwaaaaa~~!!!!!

Aku pon terduduk sat...blur. Nak watpe, aku xtau. Aku dpt idea, p kaunter tiket last minute. Tengok-tengok ade ke tiket ke dubai yang murah sket, sbb aku transit kat dubai. Kalo tiket ke kl trus, misti mahal giler, mane aku ade duwet da.Huhu~ ade tiket rege 500 euro..halamak~duwet dlm bank aku tuh cukup2 bayor yuran sem. Adoi..kalo smpai dubai lak nnti, ade masalah ke x,aku xtau. Nak nanges nih,tahan-tahan. Fuhhh~

Aku jenjln sat...xleh pk dlm keadaan blur cmnih. Istigfar byk2......

Aku p balik kat kaunter check in emirates, kat situ ade satu customer service emirates. Aku terus ckp kat minah yang jaga situ. "Ich hab verspaetet und mein Flug hat schon abgeflogen" yg bermaksud "Saya terlewat dan flight saya da terlepas" .Dengan muka sememeh nak nangis, aku gagahkan jugak.

Pastuh minah tuh mintak tiket ngan passport aku. Rilek2. Dia ckp, tiket utk esok dan lusa dah abes, tinggal yang tulat punye. Tulat pon tulat la. Aku anggukkan aje. Cuma aku perlu bayar denda kensel tiket dubai-kl sbyk 80 euro, dan beza rege tiket munich-dubai (yang arini punye dgn yang tulat punye) sbyk 70 euro. Bukan la mcm dlm fikiran aku, aku kene beli tiket baru. Cuma dia gantikan aku tiket hari lain, cuma tiket hari lain tuh mahal sket dr tiket hari yang aku beli.

Sume aku kene bayo 150 euro. >>>harga KELEWATAN. Lepas aku settle hal tiket, aku trus tepon famili aku, bgtau aku balik seperti yg tdk dijangka sbb ada masalah. Adik aku angkat phone, dia tanya "Akak nangis ke?".................air mata aku yg aku sekat trus berterabur kuar...............=))

Nih pengalaman kedua aku, terlewat naik flight. Cuma kali nih,perjalanan amat jauh. Yang pertama kali tuh, leh la consider, dr ireland ke germany aje. Harga tiket xde la mahal sgt.

Aku memang xleh lupa ngan hari tuh. Abes sume kawan aku gelakkan aku. Beg aku, aku xlarat nak bawak balik rumah semula, aku simpan kat tempat simpan beg selama 3 hari.

Aku rasa mungkin xkan berlaku kat korang semua kot,hahaha~~

Nasihatnye :
  • Jangan lewat
  • Pentingkan apa yang penting dulu
  • Be relax, bila masalah melanda...bila blur,rehat sekejup, baru bleh cari solution.

Sunday, January 17, 2010

Ingatan

Salam sume... :)

Cuba korang klik video bawah nih. Aku suka banget..suspen ~huhuhu~....




Mula-mula aku ingat singa nih nak baham da dua mamat yg bela dia tuh, tp mcm manusia lak...betapa singa tuh rindu sangat2 kat depa berdua.

Macam tuh la aku kot,terlantar kat sini. Bila balik jupe parents, jupe adek badek, peluk tuh kasik xmo lepas. Hahahhaha...kalo binatang pon gitu, manusia misti la lebih lagi kan.

Saturday, January 16, 2010

Winter time

It's wonderful winter,kepada sesiapa yang xpernah pergi oversea. But for me, i'm not happy when winter comes.

Why??? Terlalu sejuk+matahari xkeluar...

Bila aku balik malaysia, adik bradik aku selalu cakap aku nih gile dok berjemur tgh panas. My fren, ema, kenal masa praktikal kat SAPURA, gelakkan aku, sebab aku ajak die jalan kaki pegi stesen minyak di tengah hari buta. Oh come on, stesen minyak tuh xjauh,100m aje kot. Aku lagi xlarat nek krete, tau2 aje la,parking tgh panas, macam ayam kene panggang kalo masuk krete tuh. Sekadar utk sampai ke esso yg berjarak 100m. Tapi kan, aku pk balik, larat ke kawan aku tuh nak ikut langkah aku yg laju ini..ekekek~

Bila da dok sini, baru nak kenang jasa matahari nih. Uisyk, kat sini, kalo matahari kuar, aku rasa nak cekup matahari tuh, kasik die jgn hilang. Kalo kuar matahari, mood aku berubah, hepi giler, rasa ada semangat. Matahari=cahaya=rahmat Allah swt :)

So, pasal itulah, org dok sebut-sebut, xkira apa bangsa, bila seseorang itu dpt membahagiakan org lain, dia dikatakan "matahari". Ingat x lagu nih :

U r my sunshine,
My only sunshine,
U make me happy,
When skies are grey,
U may not know dear,
How much i love u,
Please dont take,
My sunsine away...

See2...
Hari yang mendung dikata HIBA...
Hari yang cerah dikatakan BAHAGIA...

Do you want to be my sunshine??? I hope so...n alwayz be with me forever....
Jangan pudarkan cahaya anda untuk saya k...coz i love u all so much!!!