Saturday, August 21, 2010

Materialistik





allowScriptAccess = "always" allowfullscreen = "true" width = "400" height = "224">



Salam

Aku rasa aku xlayak nak sebarkan video ini. Tapi demi suatu sempadan yg boleh menjadi iktibar untuk orang lain. Aku xmau marah-marah kat minah nih dengan emosi membuak-buak. Dan aku mahu korang2 yg membaca blog aku nih, lebih mengambil pengajaran dari menghentam org yg melakukan kesalahan.

Aku tahu, dengan keadaan dan kehidupan sekarang, duit pada hampir semua org adalah segala-galanya. Celik mata, pk duit, sebelum pejam mata pk duit...mimpi pon pasal duit...ahaha.

Bila aku dgr perbualan nih. Aku merasa geram pada minah yg terlibat. Antara sebabnya :

1. Di dalam tempoh bertunang si perempuan merasakan tidak secure dgn tunangannya. Memang pompuan tersebut berhak memutuskan ikatan pertunangan, tetapi dia tidak berhak menjalinkan hubungan dengan mana2 lelaki sepanjang tempoh tersebut. (maybe sesiapa yg mengetahui hukum2 dan nas tentang pertunangan, sila la bg komen). Kalau dia terpikat dengan mana2 lelaki, putuskan ikatan pertunangan dulu, dan lepas tuh, kenallah mana2 lelaki pon.

2. Dia mahukan kesenangan dalam jangka masa yg panjang. Ok, semua org mahukan begitu kan. Tapi bg aku, apa yg dia cakapkan, semuanya adalah kesenangan dalam jangka masa pendek. Dia mahukan kereta, kereta tuh kalo nak beli kene berhutang. Dengan kereta pon, xbleh nak buat duit jugak. Makan duit byk adalah. Untuk minyak lg, harga kereta pon makin lama makin jatuh. Ada lori, dgn lori, bleh wat bisnes. Bisnes adalah punca duit utk jangka masa lama. Dia mahukan kesenangan la nih jugak, tp kesenangan yg la nih tuh, maybe tdk bleh bertahan dgn lama. Lelaki itu ada impian utk mengubah hidup...tetapi pompuan itu tdk mahu berkongsi impian tersebut.

3. Permulaan untuk next relation dgn laki lain, bermula dgn dia curang pada tunangnya. Pada aku, andai kata permulaannya dah xbape nak bagus, susah nak predict la bahagia forever ever after kan.

Maybe isu video nih lebih tertumpu pada pompuan tersebut. Tapi si samad pon ada salahnya. Bagi aku, cara nih bukan memperbaiki hubungan, tetapi lebih memarahkan lg. Lagi2 mengaibkan pompuan tersebut. Xbaik woo mengaibkan org len. Xkira la walo kita marah kat die pon. (Oppssss..aku lak p sebarkan video nih kan..kueng2)

Materialistik tuh ada pada semua orang. Tapi kalo dijadikan foundation utk membina keluarga, bg aku, sgt xpatut. Nanti sikap tu, akan effect pd anak-anak. Macam mana??? ye la..kalo dah siang malam keje carik duit, masa xde utk mereka. Kasih sayang digantikan dgn kebendaan...adakah wajar???

Hurrrmmm...marilah sama2 kita berfikir dan berubah...

2 comments:

haniz said...

kenapa perlu bergantung kepada lelaki kalau nak duit?tak reti cari duit sendiri ke perempuan ni.

wahai lelaki2,ingat2lah semula ciri2 wanita yang patut dipilih untuk dikahwini.tapi pastikan la korang pun layak nak jaga bakal isteri tu.

~Ana Mujahid~ said...

tuh la kan..kalo dah diri lelaki tuh sndr pon memandang duniawi aje,jgn harap la nak jupe pompuan yg xpandang duniawi.Bermula pd diri sndr jugak...
haha,pompuan tuh xnak berusaha...makan nak bersubsidi aje...