Saturday, August 28, 2010

Inter-religion

Salam wrth...

Betol ke aku wat inter-religion??? kalo culture..kita panggil interculture. Jadik fahaman ayah pin lak bila sebut interreligion.

"Intercultural competence is the ability of successful communication with people of other cultures.

A person who is interculturally competent captures and understands, in interaction with people from foreign cultures, their specific concepts in perception, thinking, feeling and acting. Earlier experiences are considered, free from prejudices; there is an interest and motivation to continue learning."

Kalo interreligion lak? tukar aje la kan cultures tuh ngan religions. Aku rasa org skarang xde masalah dah ngan perbezaan culture, tp lebih pada perbezaan agama. (maybe xtermasuk krisis indon-msia baru2 nih)

Untuk seseorang memahami budaya org len, aku rasa lg mudah berbanding memahami dan berlapang dada dengan agama/kepercayaan org len. Lagi2, semua agama berusaha untuk menarik org yg beragama len,untuk mempercayaai kepercayaan agama itu sendiri, mengundang sikap prejudis antara agama.

Aku tertanya2, mengapa kalangan masyarakat melayu tidak bersikap terbuka dan terlalu sensitif terhadap agama. Pasal doa untuk pemerintah yg bukan beragama Islam, dijadikan isu besar-besaran. Sudah diterangkan tentang hukumnya, kenapa masih tidak senang untuk berlapang dada. Adakah kita nak mencontohi yahudi? agamanya hanya untuk bangsanya saja?

Aku xbape tahu jugak,bagaimana Rasulullah saw melayan org bukan Islam. Aku ada terbaca kat dlm artikel saifulislam, Baginda xde pon menegah arab badwi masuk dlm masjid,walo ade yg kencing di dinding masjid. Macam mana org melayu bertindak balas, kalo perkara mcm nih terjadi? Org bukan Islam nak masuk masjid pon xleh.

Oh,lupa lak kan, masjid hanya dijadikan rumah ibadat aje sekarang nih. Dakwah islamiah ade ke? ade kot, 2..3...4 buah...bagus2,ada2 dr xde langsung.

Aku xpernah terlibat dalam kancah perbezaan agama yg besar2. Tapi pernah lah aku nak berdiskusi ngan sorang klasmet beragama hindu, tapi aku dihalang oleh teman beragama islam, walaupon aku sudah bersetuju dengan rakan yg beragama hindu itu, aku ingin berdiskusi secara aman, dimana aku akan respek pendapat/kepercayaan dia, dan dia respek pendapat/kepercayaan aku. Bosan ngan bebelan rakan seislam aku, aku blah terus.

Persoalannya, kenapa org melayu islam terlalu tertutup???

Maybe yg dibimbangkan ialah pergaduhan. Aku rasa, xkan timbul pergaduhan, andai xde nak tinggi2 suara dan memaki2 pendapat/kepercayaan org len.

Maybe, takut diri sendiri terpengaruh, sebab basic beragama pon xbape nak kukuh.

Maybe, kepentingan diri sendiri akan terjejas (???apakah???) no idea

Aku marah tgk org di indonesia membakar bendera tanah air aku, tapi aku xkan membuat apa2 selagi mereka tidak menyerang tanah air aku. Sama aja mcm prinsip Islam kot, kita hanya memerangi org bukan Islam yg memerangi Islam.

Aku pernah p mendaki gunung sinai, mesir. Tempat di mana Nabi Musa a.s menerima kitab taurat. Di sana 3 agama( Islam,kristian dan yahudi) memiliki sesuatu yg significant. Bermula dengan takbir yg dilaungkan oleh kawan aku, dan bacaan asma'ul husna, semua yg berada disitu yg berlainan agama senyap. Selepas itu, diikuti pula dengan bacaan apa ntah (bukan beragama islam).

Andai kata masyarakat melayu itu sendiri terlalu ambil berat tentang agamanya, stop being like we use to be. Kita takut bersikap terbuka, bimbang anak2 atau diri kita sendiri terancam dengan kepercayaan mereka. Kita misti dan wajib mempersiapkan, mengukuhkan diri/ahli keluarga dengan ilmu agama dan memantapkan dengan amalan. Being too sensitive is not enough. But not being sensitive indicates we do not care at all. Buang adat yg tidak menepati hukum Islam...belajar dan terus belajar....

Hurmmm...weiß ich nicht so genau....
Wallahualam...




Saturday, August 21, 2010

Materialistik





allowScriptAccess = "always" allowfullscreen = "true" width = "400" height = "224">



Salam

Aku rasa aku xlayak nak sebarkan video ini. Tapi demi suatu sempadan yg boleh menjadi iktibar untuk orang lain. Aku xmau marah-marah kat minah nih dengan emosi membuak-buak. Dan aku mahu korang2 yg membaca blog aku nih, lebih mengambil pengajaran dari menghentam org yg melakukan kesalahan.

Aku tahu, dengan keadaan dan kehidupan sekarang, duit pada hampir semua org adalah segala-galanya. Celik mata, pk duit, sebelum pejam mata pk duit...mimpi pon pasal duit...ahaha.

Bila aku dgr perbualan nih. Aku merasa geram pada minah yg terlibat. Antara sebabnya :

1. Di dalam tempoh bertunang si perempuan merasakan tidak secure dgn tunangannya. Memang pompuan tersebut berhak memutuskan ikatan pertunangan, tetapi dia tidak berhak menjalinkan hubungan dengan mana2 lelaki sepanjang tempoh tersebut. (maybe sesiapa yg mengetahui hukum2 dan nas tentang pertunangan, sila la bg komen). Kalau dia terpikat dengan mana2 lelaki, putuskan ikatan pertunangan dulu, dan lepas tuh, kenallah mana2 lelaki pon.

2. Dia mahukan kesenangan dalam jangka masa yg panjang. Ok, semua org mahukan begitu kan. Tapi bg aku, apa yg dia cakapkan, semuanya adalah kesenangan dalam jangka masa pendek. Dia mahukan kereta, kereta tuh kalo nak beli kene berhutang. Dengan kereta pon, xbleh nak buat duit jugak. Makan duit byk adalah. Untuk minyak lg, harga kereta pon makin lama makin jatuh. Ada lori, dgn lori, bleh wat bisnes. Bisnes adalah punca duit utk jangka masa lama. Dia mahukan kesenangan la nih jugak, tp kesenangan yg la nih tuh, maybe tdk bleh bertahan dgn lama. Lelaki itu ada impian utk mengubah hidup...tetapi pompuan itu tdk mahu berkongsi impian tersebut.

3. Permulaan untuk next relation dgn laki lain, bermula dgn dia curang pada tunangnya. Pada aku, andai kata permulaannya dah xbape nak bagus, susah nak predict la bahagia forever ever after kan.

Maybe isu video nih lebih tertumpu pada pompuan tersebut. Tapi si samad pon ada salahnya. Bagi aku, cara nih bukan memperbaiki hubungan, tetapi lebih memarahkan lg. Lagi2 mengaibkan pompuan tersebut. Xbaik woo mengaibkan org len. Xkira la walo kita marah kat die pon. (Oppssss..aku lak p sebarkan video nih kan..kueng2)

Materialistik tuh ada pada semua orang. Tapi kalo dijadikan foundation utk membina keluarga, bg aku, sgt xpatut. Nanti sikap tu, akan effect pd anak-anak. Macam mana??? ye la..kalo dah siang malam keje carik duit, masa xde utk mereka. Kasih sayang digantikan dgn kebendaan...adakah wajar???

Hurrrmmm...marilah sama2 kita berfikir dan berubah...

Menutup aurat

Salam

Oneday, aku tersentap bila adik aku, suatu masa dahulu berkata pd aku, dia memakai tudung sebab respek pada mak dan aku. Ya, aku tahu, pada masa itu, dia masih tidak paham akan tanggungjawab dia, masih mentah. Mungkin, pd masa itu, iman hadir sebab dilahirkan di dlm keluarga islam.

Kat sini aku nak share video2 pasal hal hijab yg aku rasa terbaik untuk menerangkan tentang menutup aurat. Aku teringat, ada satu hari..tika aku dlm perjalanan pulang ke rumah, ada sorang laki bukan islam berckp tentang hal hijab. Di mana org pompuan disekat kebebasan, dikekang oleh orang laki. Tapi sbb nak explain kat dia dlm bahasa jerman agak la susah, aku amek keputusan untuk senyum aje. Lagipon time tuh, aku dah cukup penat nak bersuara dan nak pk hujah.

Sebagai org pompuan, kita ada 2 choices... sama ada kita nak pilih berhijab, lalu kita akan lebih fokus perkara yg lebih penting dlm hidup kita (ibadat, kerja, kebajikan) atau kita pilih untuk menghabiskan wang ringgit dan masa untuk menjaga rambut, muka, body, kuku (menambahkan keroje ajo). Pada aku, basic2 aje udeehhh... bukan xjaga langsung... tp kecantikan milik setiap insan... bukan milik kau, kau atau kau...

Islam mengajar menganutnya supaya tidak menjadi individualistik. Apa yg dikerjakan oleh seseorang itu, perlu mengambil berat tentang kesannya terhadap sekeliling. Islam menjaga satu individu, dan org yg berada disekeliling individu itu juga. Ini jalan yg ditunjukkan Islam kepada kita. Kebanyakan yg enggan menutup aurat, bg aku terlalu objektif pd diri dia sndr. Rasa panas, xselesa, xbebas, semua nih kehendak individu.

Renung dan fikirkan lah...




allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="400" height="224"> allowScriptAccess = "always" allowfullscreen = "true" width = "400" height = "224">


http://www.facebook.com/video/video.php?v=148079185211561

Hijab, Niqab or Nothing



The Non-Muslim Hijabi: Why wear Hijab?



Monday, August 16, 2010

Mencari punca masalah

Assalamualaikum wrth

Urmmm...lama xupdate blog, bukan apa, xde mende sgt aku pk. Aku akan menaip kalau ada buah fikiran yg aku ingin kongsikan. Maybe fikiran aku nih sempit sikit, tp masih ade ruang sempit tuh, utk aku berfikir. Better than have nothing.

Berita hangat, isu panas semasa. Kes buang bayi dan bunuh orang. Bila dah berkumpul kami2 di sini, cerita hangat keluarlah. Seram sejuk dgr cerita dr malaysia. Oh malaysia ku, tanah tumpah darahku...

Ramai yg panas ngan isu ini. Lalu mencaci-maki si pesalah. Ye lar, berdasarkan apa diorg sanggup membunuh insan lain, darah daging sendiri lak tuh. Bukan org len kan yg dibunuh, ayah mak isteri anak....

Aku berfikir, dimanakah nilai hidup si pesalah itu... Apakah yg diorg kurang dalam diri diorg... Moral? atau lebih tepat... Agama???

Aku berfikir lagi, inilah kesan dr ajaran materialistik.

Kenapa aku berkata mcm tuh ek???

Kita ambil satu kes. Buang bayi.

  • Kenapa dia buang bayi? Sebab xsanggup menanggung malu atau memikul tanggungjawab. Ataupun berseorangan menanggung kehamilan. Wanita yg hamil, emosinye sgt xstabil. Lebih cenderung meroyan,kalo xdijaga dgn baik. Kalau dah tertekan dgn pandangan masyarakat, mereka xkan pk panjang utk membunuh.
  • Kenapa malu? Sebab mereka terbukti melakukan dosa. Masyarakat sgt memandang hina dengan dosa yg mereka lakukan. Tapi, tidak memandang hina pada pergaulan bebas, tidak memandang hina pd punca yg menyebabkan mereka melakukan dosa tersebut.
  • Kenapa diorg nak wat dosa tuh, kawen aje la? Sebab perkahwinan memerlukan bajet yg besar. Sedangkan akad nikah mudah aje. Masyarakat atau adat tidak mahu memudahkan perkara wajib. Buat kenduri sekadar yg termampu. Tetapi kebiasaan buat kenduri lebih dr kemampuan sampai ada kala berhutang. Kenduri kawen dijadikan kemegahan. Kalo nak kate tiru omputih...diorgnye ceremony kecik aje kot. hurrmmm... bila anak dah rapat2 kapel time blaja, aih, xbleh kawen lg, tunggu abes blaja...or tunggu anak kamu tuh bunting dulu???
Kes bunuh lak, aku lebih tekankan pada kurangnya nilai2 kerohanian dalam jiwa. Actually boleh dikatakan punca masalah buang bayi jugak.

Bila nilai rohani kosong, mcm mana nak handle masalah. Xde masalah yg xmenekan jiwa. Dan macam mana nak melepaskan tekanan, semuanya bergantung pd kekuatan rohani/jiwa. Kalau dah agama dipisahkan dr kehidupan, di mana punca untuk mencari kekuatan jiwa???

Bagi aku, jiwa nih ibarat satu tong. Ia boleh diisi dgn amalan agama, kepercayaan dan kebergantungan pada Tuhan.

Bila tong itu kosong, jiwa itu kosong, jin syaitan mengambil peranan. Merasuk, meracuni fikiran. Bila marah, amek parang, bunuh org. The End...

Oh ye, satu lg trend masyarakat kita yg buat aku pk panjang...

Bila budak kecik buat salah... alaaa, dak kecik, bukan tahu apa pon, biarkanlah...
Bila remaja buat salah... alaaa, biasalah dak2 muda, muda hanya sekali...
Bila dah masuk 40, pangai xberubah, kekallah dgn perangai itu selamanya...

Ingat, Rasulullah saw penah pesan, Allah swt sgt mengasihani pemuda yg bertaubat. PEMUDA k...bukan PETUA... :P

Monday, August 2, 2010

Impian seorang wanita

Salam...

Sekarang dah masuk cuti semester. Tahun ni aku xbalik. Aku kene pindah rumah lak. So bebrg aku kene la hantar ke msia dulu. Tinggal lg satu sem..insyaAllah.

Ermmm...td aku ade terbelek2 fesbuk dr fadhilah kamsah. Dia ada jual buku utk mendidik anak2 jadi pintar. Semua manusia adalah pintar pd awalnya. Urmmm...ek???

Semua org nak jadik terbaik dr yg terbaik. Tapi kalo semua dah terbaik, yg terbaik tuh akan downgraded...so yg di chop terbaik...kene memintasi tahap average (tahap semua org berada)...paham x? kan2...

Apa aku percaya, manusia nih sejak lahir dah ada roll die sndr... Khalifah secara generalnya...
Ada yg dikurniakan kelebihan fizikal..diorg boleh jadik askar....
Ada yg dikurniakan kelebihan mental...diorg jadik engineer,doktor....
Ada yg dikurniakan kelebihan berpidato...diorg jadik YB....

Setiap kelebihan itu, diiringi dengan tanggungjawab...
Lalu nnti tanggungjawab itu akan disoal di akhirat...

Aku sebagai seorg wanita, suatu hari nnti akan jadi seorg ibu. Aku mahu mendidik anak aku supaya tahu mengendalikan kelebihan dan tanggungjawab.

Tak kira mereka berada di tahap mana pon...Mereka tahu, setiap pekerjaan mereka adalah tanggungjawab yg Allah swt beri pd mereka. Untuk kesejahteraan ummat dan diri sndr...

Dan aku akan jadikan diri aku sebagai model utk mereka...InsyaAllah~